
Isnin, 16/04/07 –
Pergerakan Hamas merasa kesal dengan mesyuarat yang dijangka dibuat antara Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert di Baitulmuqaddis Ahad ini dan menggambarkan mesyuarat tersebut sebagai “sia-sia”.
Dua jurucakap Hamas di Gaza Strip, Fawzi Barhoum dan Ismail Redwan mengesahkan bahawa “Hamas tidak meletakkan harapan pada perjumpaan itu terutama apabila mengetahui mesyuarat itu seperti terarah untuk memaksa rakyat Palestin tunduk kepada tuntutan pihak keselamatan Israel “.Redwan berkata perjumpaan itu tidak membawa kebaikan untuk rakyat Palestin dan mereka juga mendesak supaya persoalan penduduk Palestin dikesampingan.
“Musuh Zionis itu bertujuan untuk memperdayakan masyarakat antarabangsa dan berpura-pura bimbang dengan pencapaian perdamaian dan kestabilan di rantau ini malah sebenarnya perbuatan mereka adalah mengeluarkan bukti atas tanah yang dirampas”, garis Redwan.Dalam hal ini, Redwan menyeru rakyat Palestin serta Presiden dan kerajaan Palestin supaya tetap memelihara negara ini dan tidak terjerumus dengan muslihat-muslihat politik Israel.Sebaliknya Barhoum menyatakan pendapat, “Mesyuarat itu akan menjadi tidak bermanfaat kepada penduduk Palestin selagi ia hanya difokuskan kepada hal-hal keselamatan Israel”.
Beliau juga menggesa Abbas supaya tidak tunduk dengan arahan luar yang menggambarkan pertaruhan pendirian AS terhadap penduduk Palestin hanyalah satu “ilusi”.”Dalam mesyuarat [Abbas-Olmert], pembebasan anggota tentera IOF, Gilad Shalit dirundingkan, tetapi pembebasan lebih daripada 11,000 tahanan penduduk Palestin dalam penjara Israel dan isu genting Baitulmuqaddis tidak pula diperbincangkan”, menurut Barhoum.Barhoum menuduh kerajaan Israel sebagai “menunjukkan wajah yang baik kepada dunia, dalam masa yang sama mereka berurusan dengan cara yang agresif terhadap penduduk Palestin melalui penangkapan tanpa henti dan kempen merobohkan rumah penduduk”.