Haneyya: Penduduk Palestin akan menentukan masa depan mereka sendiri .


Isnin, 16/04/07 –
Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya Ahad lalu menegaskan bahawa kerajaannya mempunyai 2 misi penting; iaitu menamatkan kekacauan keselamatan kawasan Palestin, dan menghentikan sekatan ekonomi yang tidak adil keatas penduduk Palestin.


Beliau juga mengesahkan bahawa penduduk Palestin telah mencuba sedaya upaya untuk melemahkan sekatan dan menghentikannya. Ini termasuk dengan penubuhan kerajaan bersatu PA dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti politik penduduk Palestin.Perdana Menteri bercakap mengenai hal tersebut di satu majlis resepsi yang diadakan di Bandar Gaza Ahad lalu sempena memberi penghormatan kepada peserta Palestin yang memenangi pertandingan menghafaz al-Qur’an yang diadakan di Morocco, ibu negeri Rabat baru-baru ini.

“Kami telah melaksakan tugas kami dan telah bersetuju dengan kesatuan program politik; tetapi setakat ini, apakah yang dilakukan oleh masyarakat antarabangsa untuk memasuhkan 15 bulan sekatan ekonomi ke atas rakyat Palestin?” tegas Haneyya.Pada bulan Mac tahun lepas, pihak USA dan rejim Zionis bersama-sama sekutu tempatan dan antarabangsanya telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas rakyat Palestin yang secara demokrasinye telah memilih kerajaan Hamas untuk memerintah mereka.

Walaupun Haneyya mengakui bahawa terdapat perubahan dalam bilangan negara EU yang terlibat dalam sekatan tersebut, tetapi beliau mengatakan bahawa perubahan tersebut begitu perlahan sekali.Beliau memberi amaran bahawa, “Sekiranya sekatan berterusan beberapa bulan lagi, penduduk Palestin akan menentukan hala tuju mereka dan akan hilang kepercayaan kepada institusi PA yang memerintah hal ehwal dalaman mereka”.

Bercakap mengenai pelan keselamatan kerajaannya yang telah diumumkan Sabtu lalu, Haneyya berazam untuk menamatkan masalah keselamatan di kawasan Palestin, dan beliau mengingatkan bahawa peranan sekutu Palestin juga amat penting dalam memastikan misi kerajaan ini tercapai.“Rakyat Palestin berhak untuk menikmati keamanan dan kestabilan dalam hidup mereka kerana mereka mempunyai satu tujuan hidup yang suci; iaitu pembebasan negara mereka, dan mereka memerlukan apa saja yang dapat menyokong kesetiaan mereka dalam memerangi pekerjaan”, tegas Perdana Menteri lagi.