
Selasa, 17/04/07 –
Gerakan Pejuang Islam (Hamas) menafikan dakwaan pihak perisikan Israel bahawa
gerakan Jihad Islam membekalkannya dengan roket dan Brigade Al-Qassam dilatih oleh
pasukan Iran.
Dr. Khalel Abu Lailah, seorang elit Hamas melihat pernyataan Israel ini dikeluarkan
untuk memberikan gambaran buruk kepada pihak awam dan antarabangsa berkenaan fraksi
Palestin. Beliau menegaskan bahawa Brigade Al-Qassam melakukan latihan militan di
dalam Palestin. Namun pihaknya tidak menolak gagasan latihan militan di luar
Palestin jika ada peluang agar para pelatihnya dibekalkan dengan pendedahan latihan
yang mantap untuk melawan Israel.
Abu Laila menafikan dakwaan Israel tentang berlaku perpecahan di kubu Al-Qassam
akibat kerjasama Hamas dan Fatah dalam kerajaan. Menurut beliau keputusan Hamas
berdasarkan syura. Oleh itu tidak timbul isu perpecahan.
Akhbar Israel, Haaret sebelum ini menyiarkan pernyataan dari sumber militannya
bahawa roket yang dilepaskan oleh Jihad Islami ke perkampungan Israel mendapat
sokongan gerakan Hamas kerana kedua-duanya memiliki jaringan koordinasi.
Disebutkan juga bahawa Hamas mempunyai kemampuan mengeluarkan roket-roket lebih
banyak daripada Jihad Islami. Hamas juga memberikan roket-roket jarak jauh mereka
?Garrad? yang boleh menjangkau 16 km kepada Jihad Islami. Pihak Jihad Islami turut
menafikan pernyataan Israel tersebut.