Haneya : Pertukaran Tahanan Sedang Berlangsung.


Selasa, 17/04/07 –

Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniya berkata Isnin lepas bahawa perbincangan pertukaran tahanan sedang berlangsung dan senarai tahanan Palestin akan dihantar ke orang tengah Mesir dan kemudian kepada pihak Israel.

Perdana Menteri Palestin tersebut bercakap di perhimpunan di Gaza yang diadakan oleh keluar tahanan Palestin. Haniya menolak dakwaan bahawa senarai tersebut tidak tersemasuk pemimpin senior Fatah Marwan Barghouti, menolak berunding dengan tahanan di atas sebab perbezaan fahaman politik.“Kerajaan Palestin sedang mengikut perkembangan ini secara dekat” menurut Haniya.

Perdana Menteri menggesa pembebasan segera kesemua tahanan walaupun terdapat pernbezaan fahaman politik, terutamanya semua wakil wakil parlimen dan menteri-menteri yang diculik oleh Israel pada musim panas lepas.Di dalam isu yang lain, perdana menteri menjelaskan bahawa pertemuan Abbas-Olmert pada ahad lepas sebagai “tidak berhasil”.Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan perdana menteri Israel bertemu di Jerusalem semalam di dalam siri pertemuan yang dipersetujui dua kali seminggu hasil dari saranan Condoleeza Rice ke kawasan tersebut.Menyentuh mengenai mogok di Gaza, Perdana Menteri Palestin mengesahkan bahawa kerajaan telah memindahkan sejumlah 10 juta Shekels (2.5. juta dollar) sebagai gaji kepada pekerja.

Israel melahirkan rasa ketidak puashatian di atas pertukaran tersebut kerana mereka terpaksa membebaskan beratus tahanan untuk seorang corporal Gi’ard Shalit yang ditahan oleh Hamas pada tahun 2006.