Olmert Ajak Runding Pertukaran Tahanan


Selasa, 17/04/07 –

Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert menumumkan kesediaannya untuk mengadakan “rundingan pertukaran tahanan yang masuk akal” dan ditukar dengan pembebasan tentera Israel, Jilad Shalit yang ditahan di semenanjung Ghaza,. Beliau juga bersedia untuk berunding dengan Saudi berhubung cadangan draf rundingan damai.

Olmert, ketika mengadakan temuramah bersama telivisyen Kanada yang dipetik oleh media Israel, enggan mengulas lanjut berhubung bilangan tahanan Palestin yang akan dipersetujuinya untuk membolehkan mereka dibebaskan, namun beliau menganggap tuntutan yang diumumkan oleh Hamas untuk membebaskan kira-kira 450 tahanan adalah lebih ramai dari yang sepatutnya”.

Olmert mengulangi sekali lagi bahawa Israel bersedia untuk berunding dengan Saudi berhubung cadangan pelan damai yang dipersetujui sebulat suara oleh persidangan Liga Arab di Riyadh pada bulan lalu. Beliau menyarankan Riyadh agar mengetuai pihak yang dilabelkan sebagai pelampau di negara Arab. Tambahnya, “ada beberapa cara untuk menyampaikan mesej walaupun tidak wujud hubungan rasmi” antara dua buah negara.

Olmert berpendapat Saudi adalah “tunggak utama” di Timur Tengah dan ia perlu memainkan peranan penting untuk menyelesaikan pertelingkahan Israel-Palestin”. Tambahnya, “telah tiba masanya bagi pihak yang bersederhana di kalangan negara-negara Arab itu melakukan tindakan kepemimpinan yang berani. Ia juga perlu menghantar mesej kepada semua negara di Timur Tengah bahawa era pelampau telah berlalu.”