Liga Arab: Tiada Keamanan Tanpa Pembebasan Tahanan Palestin di Penjara Zionis.


Selasa, 17/04/07 –

Isnin lalu mengkritik habis-habisan tindakan pihak Zionis yang tidak berperikemanusiaan ke atas tahanan Palestin dan penduduk Arab di penjara Zionis, menegaskan bahawa keamanan tak akan dapat dicapai di negara ini tanpa pembebasan tahanan tersebut.Pihak AL menegaskan perkara tersebut di hari tahanan Palestin di mana mereka mendesak masyarakat antarabangsa supaya memberi tekanan kepada rejim Zionis supaya membebaskan tahanan Palestin.

Dalam satu kenyataan berhubing isu ini, pihak AL menekankan bahawa telah menjadi satu keperluan bagi rejim Zionis untuk menghormati perjanjian antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia, jika tidak keamanan tidak akan dapat dicapai selamanya.Lebih daripada 187 tahanan Palestin telah meninggal dunia di penjara Zionis disebabkan penderaan dan juga pengabaian kesihatan oleh pihak Zionis.Pihak AL juga menegaskan bahawa mereka telah menjadikan isu tahanan Palestin dan Arab ini sebagai isu politik utama mereka.

Pihak Palestin di bawah pergerakan Hamas di Bandar Nablus pula menyatakan bahawa mereka juga mengambil berat akan isu tahanan Palestin tersebut dan menyifatkan ia sebagai “isu undang-undang dan hak asasi manusia yang terbesar di dalam sejarah dunia moden”.“Terdapat kira-kira 11,000 tahanan Palestin termasuk lelaki dan wanita di dalam penjara Zionis yang hidup dalam keadaan yang kejam dan terabai”, tegas timbalan dalam kenyataannya semalam.

Tambahan pula, pihak Hamas telah mendesak masyarakat antarabangsa supaya segera bekerjasama dan bersatu dalam menamatkan penderitaan tahanan dan keluarga mereka.Berhubung dengan perkara tersebut, tahanan Palestin di kem tahanan Hawwara telah mengadakan mogok lapar sebagai membantah bekalan makanan yang tidak mencukupi dan kurang berkhasiat yang disediakan kepada tahanan, demikian menurut peguam dari pejabat guaman Nafha yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal tahanan.“Sama ada kita meneruskan mogok lapar atau tidak, tiada apa yang akan berubah kerana makanann yang disediakan oleh pihak Zionis kepada 10 orang tahanan tersebut adalah tidak mencukupi walau untuk 2 orang”, kata peguam itu lagi.