
Selasa, 17/04/07 –
Menteri Dalam Negeri Palestin, Hani Kawasmi memaklumkan bahawa tiada maklumat tulen boleh mengesahkan laporan berkenaan wartawan BBC yang diculik, Alan Johnston yang dikatakan telah mati.Ulasan Kawasmi tiba sewaktu sidang media diadakan di bandar Gaza Ahad lalu untuk kali pertama sejak beliau dilantik untuk jawatan tersebut di mana beliau juga memberitahu secara peribadi yang beliau mengikuti kes Johnston.”Kumpulan yang menculik Johnston dan mengisytiharkan dia telah terbunuh adalah kumpulan yang tidak dikenali, dan sebab itu kita tidak mengiktiraf perisytiharan tersebut”, jelas Kawasmi yang menambah bahawa satu “pasukan krisis” akan ditubuhkan bagi menangani kes itu.”Kita akan menerima berita baik mengenai Johnston tidak lama lagi”, Kawasmi berkata.
Johnston telah diculik di bandar Gaza lebih sebulan lepas oleh penyerang yang tidak dikenali yang memintas kenderaannya dan membawa ke satu tempat yang tidak diketahui.Semasa sidang media tersebut, menteri berkenaan telah memberi taklimat kepada wartawan-wartawan tentang keadaan keselamatan di Palestin serta mengakui terdapat banyak gangguan keselamatan, penculikan, rompakan dan serangan bersenjata ke atas orang ramai dan institusi swasta berbanding jenayah lain.Bagaimanapun, beliau optimis bahawa pelan keselamatan kementeriannya yang telah diluluskan oleh ahli-ahli kabinet Palestin pada Sabtu lepas akan meletakkan satu penamat bagi semua gangguan tersebut dengan bantuan dan kerjasama daripada semua penduduk Palestin dan kumpulan yang ada.
Beliau juga mendedahkan sejak dia berada di pejabat lebih sebulan yang lepas, beliau tertumpu kepada penyusunan semula institusi keselamatan Palestin dalam usaha untuk berubah menjadi satu badan keselamatan yang besar dan kukuh.Apabila ditanya mengenai pasukan eksekutif kementeriannya yang merupakan titik perbezaan antara ketua Palestin dan kerajaan, Kawasmi menjelaskan, “Pasukan eksekutif adalah satu fakta asas dan kita akan bekerjasama dengannya dalam satu pasukan keselamatan Palestin”.