
Rabu, 18/04/07 –
Gerakan Pejuang Hamas menegaskan tekadnya untuk meneruskan perjuangan yang telah ditempuh para syuhada terdahulu, seperti Syaikh Asy-Sayhid Ar-Rantisi yang telah mengorbankan jiwa dan raganya dalam jihad fi Sabilillah.
Pernyataan ini mereka ikrarkan dalam majlis peringatan tahun ketiga syahidnya Syaikh
Ar-Rantisi hari ini (17/4) akibat pengeboman biadab Israel, kerana perjuangan beliau memerangi Israel.
Mereka menegaskan bahawa jihad fi sabilillah merupakan satu-satunya jalan yang menjamin kemerdekaan Palestin dari tangan penjajah dan dalam usaha mengembalikan hak-hak mereka yang telah dirampas kaum penjajah. Disamping usaha untuk mendirikan negara Palestin dengan Al-Quds sebagai ibukotanya serta mengembalikan para pelarian
Palestin ke tanahairnya.
Dalam pada itu, Hamas meminta dunia antarabangsa agar membebaskan rakyat Palestin dari embargo zalim pemerintah Israel dan Amerika. Kedua-dua negara tersebut berusaha melemahkan bangsa Palestin dan memaksa mereka tunduk pada kemahuan Israel serta melepaskan hak-hak legalnya.
Hamas menjelaskan, pihaknya akan menundukan kesombongan Israel agar mengikuti syarat-syarat yang diajukan fraksi pejuang berkait tawanan Israel, Gilad Shalit. “Kami menyeru semua anak bangsa Palestin yang berada dalam penderitaan dan
kesengsaraan agar terus bersabar dan teguh memegang prinsip serta meningkatkan
perpaduan nasional dalam berjuang menentang kejahatan dan kezaliman. Jalan di depan
kita masih panjang dan sangat sulit”. Rakyat Palestin memahami bahawa apa yang menimpa mereka sama ada embargo dan apa jua tindakan zalim terhadap anak-anak, wanita dan orang tua serta larangan untuk mendapatkan rawatan adalah sebagai tebusan
demi kemenangan dan kemerdekaan yang akan muncul sedikit waktu lagi,insya’Allah.