Haneyya Dijemput ke Belanda.


Rabu, 18/04/07 –
Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya telah diundang untuk menyampaikan ucaputama pada persidangan Palestin kali kelima di bandar Rotterdam, Belanda pada 5 Mei ini sebagai sebahagian usaha berterusan mereka bagi memecahkan sekatan yang dikenakan ke atas penduduk Palestin dan kerajaannya.

Sekretariat persidangan menyatakan orang kenamaan Palestin termasuk pemimpin-pemimpin Islam dan Kristian juga dijemput menyertai persidangan tersebut yang akan dianjurkan melalui slogan, “Satu bangsa dan satu hak bersama … tetap rasa sakit walaupun berjauhan.

Persidangan itu akan dianjurkan oleh beberapa warga Palestin ternama dari dalam dan luar Eropah, termasuk warga terkemuka daripada Palestin dan Belanda serta tambahan daripada golongan cerdik pandai, penulis-penulis, artis-artis dan lain-lain.Penganjur mengumumkan bahawa persidangan itu meliputi aktiviti dan program berkualiti baru dan ia akan melengkapi kejayaan yang dicapai dalam persidangan yang lalu. Ia turut merangkumi seminar politik, perdebatan, bengkel dan aktiviti-aktiviti lain, menurut mereka.Selain itu, lima buah filem dokumentari pendek akan ditayangkan semasa persidangan itu yang membincangkan mengenai isu pelarian, Baitulmuqaddis, banduan-banduan, kaedah penyelesaian dan tembok apartheid.

Persidangan itu dijangka akan menghasilkan satu dokumen akhir yang memberi kesan kepada orientasi rakyat Palestin di benua eropah dan sikap mereka mengenai beberapa isu, terutama isu pengembalian hak dan isu penyertaan warga Eropah-Palestin terhadap aktiviti-aktiviti awam dan politik rakyat Palestin serta penyusunan semula Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).Dalam pada itu, akhbar harian Israel Yedioth Ahronoth mendakwa Selasa lalu bahawa kerajaan Belanda telah mengetepikan lawatan Haneyya serta mengatakan beliau tidak akan mendapat visa kerana EU masih lagi memulaukan pergerakan Hamas.