
Rabu, 18/04/07 –
Aljazeera.net dimaklumkan oleh satu sumber di Holand bahawa parlimen negara itu akan mengadakan perbincangan isu yang ditimbulkan oleh Menteri Luar, Bernard Boot berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh kementeriannya semalam yang mengesahkan kerajaannya enggan mengeluarkan visa kepada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh bagi memberikannya peluang kepada untuk menghadiri persidangan Palestin-Eropah yang aklan diadakan pada bulan depan.
Kementerian Luar Holand telah menegaskan dalam kenyataannya semalam bahawa pejabat Haniyeh telah menghubungi kerajaan Holand bagi mendapatkan penjelasan mengenai dokumen yang perlu ada untuk mendapatkan visa. Kementerian tersebut memberikan alasan keengganannya menerima Haniyeh sejajar dengan pendirian Kesatuan Eropah yang mendakwa ia sebagai pergerakan pejuang Islam yang cenderung ke arah “kumpulan pengganasâ€.
Dalam pada itu, ketua delegasi Palestin ke Holand yang akan mengadakan persidangan Palestin-Eropah pada 5/5/2007 akan datang menegaskan bahawa delegasinya telah mengemukakan kertas kerja kepada kementerian luar Holand sepuluh hari yang lalu bagi memohon kebenaran untuk menjemput Haniyeh menghadiri persidangan tersebut.
Amin Abu Rashid menambah, selepas delegasi itu tidak menerima sebarang respon daripada kerajaan itu, beliau mengumumkan dua hari lepas bahawa Haniyeh akan menjadi tetamu persidangan utama itu. “Berdasarkan kenyataan itu, Menteri Luar tersebut menyatakan pejabat Haniyeh telah memohon visa, namun kerajaan pula menolaknya.â€