China, Switzerland Rusia, Norway Sepakat Iktiraf Kerajaan Perpaduan Palestin.


Rabu, 18/04/07 –

Menteri Penerangan Palestin, Mustafa Al Barghuthi berkata China, Switzerland dan Rusia telah memaklumkan kepada kerajaan Palestin secara rasmi bahawa mereka akan mengadakan hubungan menyeluruh dengan kerajaan perpaduan kebangsaan Palestin.

Al Barghuthi berkata, kerajaan Palestin mengalu-alukan keputusan itu dan berpendapat ia satu pendirian yang positif “menyamai pendirian Norway”.

Menteri Palestin itu memberi amaran mengenai sekatan antarabangsa yang berterusan ke atas kerajaan Palestin, seterusnya mengatakan ia akan membawa kepada “keruntuhan kerajaan Palestin berserta dengan semua anggota-anggotanya”.