
Khamis, 19/04/07 –
Sejumlah besar askar rejim Zionis dengan disokong sekurang-kurangnya 15 buah kenderaan ketenteraan dan empat buah jentolak telah bertindak merobohkan kampung di Tebing Barat Shakba, barat Ramallah sehingga mencetuskan kemusnahan dalam blok kilang Palestin di sana, menurut sumber Palestin.
Sumber juga menambah bahawa tentera yang menyerang telah memasuki zon keselamatan di sekitar kawasan tersebut dan memusnahkan bangunan penduduk Palestin serta merampas peralatan-peralatan bernilai 10,000 dolar.Serangan rejim Zionis di kampung tersebut telah membangkitkan pertempuran hebat diantara orang-orang kampung dan askar-askar rejim Zionissehingga askar-askar itu mengundur diri daripada kawasan terbabit.