
Khamis, 19/04/07 –
Dr. Mustafa Al-Barghouthi, Menteri Penerangan Palestin menuduh rejim Zionis telah mengeksploitasi perjumpaan mereka dengan pegawai PA untuk menutup jenayah yang dilakukan oleh kumpulan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin.
Dalam satu kenyataannya yang telah difaks kepada PIC, Barghouti menegaskan bahawa, “Sekali lagi, rejim Zionis telah membuktikan yang mereka dengan sengaja telah menggunakan perbincangan dengan pihak PA sebagai menutup kekejaman kumpulan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin yang tidak bersenjata.â€Barghouti telah bertindak balas terhadap tindakan aggresif kumpulan rejim Zionis Rabu lalu ke atas hak milik rakyat Palestin di Kampung Shakba, barat Ramallah di mana mereka dianggarkan mengalami kerugian harta benda yang besar iaitu lebih dari 10,000 dolar Amerika.
“Apa yang dilakukan oleh rejim Zionis ke atas rakyat Palestin menunjukkan perlunya satu konferens antarabangsa diadakan bagi mendedahkan kekejaman rejim Zionis dan membuktikan bahawa tidak akan ada sekutu Zionis yang amanâ€, tambah pegawai tersebut lagi.
Ahad lalu, Presiden Palestin Mahmoud Abas telah bertemu dengan Perdana Menteri Israel Ehud Olmert di Bandar Jurusalem sebagai mengikut arahan pihak US untuk mengadakan perjumpaan setiap dua minggu sekali.Pegawai PA kerajaan bersatu dan pemimpin politik senior Palestin, termasuk Pergerakan Hamas, telah mengkritik perjumpaan tersebut dan menyifatkannya sebagai “sia-sia†dan hanya memberi keburukan kepada rakyat Palestin sahaja.