Syria Akan Diserang Israel ?


Khamis, 19/04/07 –

Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert hari ini berkata bahawa negaranya tidak berhasrat untuk menyerang Syria pada musim panas akan datang. Demikian menurut kenyataan yang dipetik oleh radio tentera Israel.

Olmert menambah ketika memberi ucapan dalam suruhanjaya pertahanan dan luar di Knesset bahawa “Israel tidak ada niat untuk menyerang mana-mana negara Arab dalam musim panas ini”. Beliau juga berkata, “kami akan mempertahankan diri kami sahaja, sekiranya kami diserang”.

Beliau menegaskan bahawa penambahan jumlah bilangan tentera di kawasan berhampiran Bukit Golan oleh Syria “yang mempunyai perancangan pertahanan bertujuan untuk menyerang Israel”. Demikian menurut agensi perisikan tentera Israel.

Dalam pada itu, Ketua Suruhanjaya Pertahanan dan Luar, Tsehi Hankbi berkata kepada radio tersebut bahawa Israel mesti “sentiasa bersedia untuk menghadapi keadaan yang lebih buruk berlaku sehingga peristiwa pada tahun 1973 tidak akan berlaku lagi”, di mana Syria-Mesir telah melancarkan serangan ke atas mereka ketika itu.

Hankbi yang mempunyai hubungan rapat dengan Olmert berkata, “yang paling penting sekali ialah pihak kita tidak akan mengeluarkan kenyataan yang berbaur perseteruan, kerana ia mungkin akan menimbulkan salah faham oleh para pegawai atasan Syria.