
Khamis, 19/04/07 –
Agensi Perisikan Umum Israel (Syabak) berkata Iran telah menggandakan usahanya sejak tiga tahun kebelakangan ini untuk mendapatkan maklumat perisikan mengenai Israel dalam bidang keselamatan, ekonomi dan masayarakat.
Sumber dari pegawai tertinggi dalam Syabak menjelaskan perisikan Iran telah melancarkan misi besar-besaran untuk mendapatkan maklumat mengenai Israel melalui bangsa Yahudi yang berasal dari Farsi yang menziarahi “tanahair mereka di Iranâ€.
Sumber tersebut berkata lagi di dalam mesyuarat jemaah menteri bahawa Menteri Perisikan Iran, Julam Azai pernah menetapkan tahun 2004 adalah tahun yang menjadikan Israel sebagai sasaran strategi dan menjadi penting bagi mengumpul maklumat melalui kementerian perisikan dan Hizbullah. Demikian menurut dakwaan pegawai Israel tersebut.
Berpandukan kenyataan Syabak itu, Iran mengambil berat tentang potensi tenaga utama di Israel yang telah datang ke Republik Iran untuk menziarahi sanak saudara mereka melalui wilayah-wilayah di Turki.
Sumber tersebut berkata dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini 100 orang penduduk Israel telah datang ke pejabat Konsul Iran di Istanbul bagi mendapatkan visa untuk masuk ke Iran. Konsul tersebut telah melakukan soal selidik penduduk Israel itu oleh pegawai perisikan yang menyamar sebagai pegawai diplomatic.
Sumber Syabak itu berkata lagi bahawa pihak berkuasa Iran cuba menjadikan mereka sebagai agen-agen dengan memberikan mereka visa yang dipohon bagi memasuki Iran, seterusnya memberikan mereka nombor telefon bagi memberi sebarang bantuan ketika diperlukan, namun menahan passport mereka dan menggeledah beg-beg mereka ketika sampai ke lapangan terbang Tehran.