Rice Bertemu Fayyadh


Khamis, 19/04/07 –
Menteri Luar Amerika, Condoleezza Rice telah bertemu Menteri Kewangan Palestin, Salam Fayyadh dalam pertemuan yang dianggap oleh Amerika Syarikat sebagai petunjuk bagi tolak ansurnya dalm berurusan dnegan kerajaan Palestin.

Jurucakap Kementerian Luar Amerika berkata bahawa Rice telah bertemu Fayyadh “secara khussus”. Katanya, ia sebagai petunjuk kepada tolak ansur oleh Amerika Syarikat untuk berurusan dengan menteri-menteri bukan Hamas dalam kerajaan perpaduan kebangsaan Palestin.

Jurucakap itu menjelaskan Rice telah bermesyuarat dengan Fayyadh dan David Walsh, pegawai hal ehwal Israel-Palestin di kementerian Luar Amerika.

Jurucakap itu juga menegaskan bahawa Menteri Kewangan Palestin sedang berada di Washington “bukan sebagai anggota di dalam kerajaan Palestin”, yang mana pertemuan itu memfokuskan kepada beberapa isu “yang ditangani oleh Fayyadh”. Namun, jurucakp itu enggan mengulas lanjut.

Dalam perkembangan yang sama, Fayyadh menjelaskan dalam sidang media bahawa perbincangannya tertumpu kepada cara untuk meringankan beban krisis ekonomi yang dilalui rakyat Palestin, termasuk perubahan ke atas dasar Bank Palestin. Tambahnya, objektifnya adalah menyusun dan mempermudahkan pengagihan bantuan antarabangsa di wilayah Palestin.

Menteri Palestin itu berkata lagi bahawa sudah sampai masanya masalah ekonomi rakyat Palestin ini dapat diselesaikan sambil mengatakan tiga perempat penduduk Ghaza hidup di bawah paras miskin. Tambahnya, rakyat Palestin menjadi mangsa kepada Israel. Namun menambah lagi, “kami mesti cuba membantu diri kami sendiri. Kami tidak mahu menjadi pengemi bantuan antarabangsa”.