
Khamis, 19/04/07 –
Presiden Abbas meneruskan lawatannya ke Eropah, menjurus kepada cara supaya bantuan antarabangsa dapat disambung semula kepada rakyat Palestin. Abbas menegaskan selepas pertemuannya dengan Presiden Perancis, Jack Shirac di Paris semalam bahawa sekatan tersebut perlu ditarik balik. Beliau memberi amaran bahawa “keganasan akan memuncak dan kami mungkin tidak boleh mengawal keadaan tersebutâ€.
Abbas berkata, “kami berusaha untuk mengubah pendirian Eropah tentang perkara iniâ€, sambil menyatakan bahawa terdapat halangan-halangan yang sedang diusahakan untuk melepasinya.
Dalam pada itu, Shirack menganggap penubuhan kerajaan perpaduan telah membentuk “perkembangan positifâ€. Jurucakap pejabat Presiden memetik darinya sebagai berkata beliau akan memberi saranan dalam persidangan menteri-menteri luar Eropah pada 23 April ini supaya bantuan kepada rakyat Palestin dapat disambung semula.