
Jumaat, 20/04/07 –
Mahkamah Agung Israel di Al-Quds kelmarin Rabu (18/04) membebaskan seorang
tentera Israel dari pasukan penjaga sempadan yang telah membunuh seorang pemuda
Palestin, Samer Ribhi dari baldah Ayusiwiyah dekat Al-Quds.
Tentera Israel tersebut telah menembak pemuda Palestin pada 9 Novermber tahun 2005
ketika pemuda itu berada di dalam kereta dengan alasan pemuda itu mencurigakan. Kes
pembunuhan itu telah menaikkan kemarahan warga Palestin di Al-Quds dengan mengadakan
tindakan protes terhadap Israel.
Keputusan mahkamah Israel itu ditentang oleh masyarakat awam Palestin terutama
keluarga mangsa. Keputusan itu sendiri telah mendorong tentera Israel yang lain
untuk terus melakukan pembunuhan demi pembunuhan terhadap warga Palestin.