Askar Israel menembak, dan mencederakan kanak-kanak Palestin


Jumaat, 20/04/07 –

Sumber perubatan Palestin mengesahkan bahawa kanak-kanak Palestin, Haitham Ali Abu Mefreh, 14 tahun berada dalam keadaan kritikal dan koma selepas ditembak oleh askar Israel di kepala. Kejadian berlaku di Kampung Takoo, timur bandar Bethlemen, Rabu lalu.

Seorang penduduk Palestin, Esa Al-Shaer yang menjadi saksi kejadian tersebut, mengesahkan bahawa penyerang tersebut telah menghentikan keretanya dan menembak kanak-kanak tersebut yang sedang mengutipi badam di kampungnya, sebelum memecut keretanya dengan laju. Penyerang itu ialah seorang pemuda dan berbaju putih dan seluar hitam serta memakai topi Yahudi.

Beliau juga memberitahu bahawa kejadian itu tidak disangka-sangka kerana kanak-kanak tersebut sedang sibuk mengutip hasil tanaman bersama Abu Mefreh di atas pokok badam sebelum ditembak di kepala.Jurucakap pihak Zionis berkata polis Israel akan menyiasat kejadian tersebut selepas keluarga mangsa membuat laporan berkenaan jenayah tersebut.

Kejadian yang menyayat hati itu bukanlah yang pertama kali berlaku kerana penduduk Palestin sentiasa diganggu oleh askar bermotor Israel yang selalu melalui jalan tersebut yang berdekatan dengan Tekwa Israel yang dibina di atas tanah yang dirampas oleh rejim Zionis dari penduduk kampung tersebut.

Di kampung Yasoof, timur bandar West Bank Salfit, dua lagi kanak-kanak Palestin telah ditembak dan dicederakan oleh peluru yang dilepaskan oleh rejim Zionis kepada kanak-kanak tersebut yang melempar batu ke arah kenderaan tentera Israel yang meronda Bandar tersebut.

Menurut saksi, tiga tentera rejim Zionis telah menyerang kampung tersebut dan telah menembak gas pemedih mata, peluru berpandu dan bom ke arah kanak-kanak tersebut sebagai membalas tindakan mereka melemparkan batu ke arah kenderaan rejim Zionis tersebut.

Sumber perubatan Palestin di hospital bandar Ramallah mengesahkan bahawa mangsa yang terlibat ialah Osama Nemr Abdul Razzak, 17 tahun dan Yassin Ata Yassin, 15 tahun dan menerangkan bahawa kecederaan Abdul Razzak sebagai “serius”, dan mengesahkan bahawa Yassin hanya cedera ringan.