
Isnin, 23/04/07 –
Dalam tempoh 24 jam terkahir, lapan penduduk awam Palestin terkorban syahid akibat kekejaman Israel. Seorang daripadanya adalah seorang gadis yang berumur lebih kurang 17 tahun. serangan Israel ini dilakukan pada masa mereka mengepung Tebing Barat dan wilayah sekitarnya.
Sejak kelmarin (21/4) Israel bertumpu di bahagian utara Tebing Barat. Mereka melakukan beberapa serangan dan menangkap penduduk awam. Tujuh orang yang terkorban difahamkan sebagai aktivis brigade al-Quds, sayap militan Jihad Islam dan beberapa orang dari brigade AL-Aqsa ditangkap oleh tentera Israel. Seorang dilaporkan dibunuh
dengan kejam melalui serangan udara Israel. Beberapa orang yang lain cedera.
Pagi tadi (22/4) dua aktivis pejuang dari brigade Al-Aqsa dikhabarkan gugur syahid oleh peluru Israel, setelah sebelumnya terlibat pertempuran senjata yang berlangsung selama lima jam di wilayah Karem Asyura, kota Nablus, bahagian utara Tebing Barat.
Sementara itu, menurut DR. Gassan Hamdan, Pengarah Badan Bantuan Kesihatan Nablus,
dalam aksinya kali ini Israel menggunakan senjata canggih yang belum pernah digunakan sebelum ini. Militan Israel menembak rumah-rumah penduduk dan membunuh dengan kejam seorang pemuda, Fadal Nur.