
Isnin, 23/04/07 –
Rejim Zionis telah menembak dan mencederakan segelintir penduduk Palestin pagi Ahad semalam, Kareem Salem Zahran, 15, dan meninggalkannya mangsa dalam keadaan berdarah, sumber-sumber Palestin mengesahkan.Mengikut sumber dan saksi-saksi mengesahkan sejumlah besar kenderaan askar Rejim Zionis bersama-sama sebilangan askar Rejim Zionis meluru masuk ke kampung Tebing Barat Dier Abu Mishaal,di barat bandaraya Ramallah, pada pagi Ahad, dengan melepaskan tembakan senapang secara rambang kepada sebahagian penduduk Palestin.
Pertempuran hebat antara penduduk kampung dan askar-askar Rejim Zionis yang dimana penduduk-penduduk muda kampung itu menggunakan batu sebagai senjata mereka dan askar-askar Rejim Zionis menggunakan kenderaan mereka,akibat pertembungan tersebut menyebabkan Zahran cedera di perut.Walaupun cedera parah, askar-askar Israel menahan ambulan Palestin dari masuk untuk mengambil Zahran dan membiarkan beliau berdarah sehingga beliau mati di tempat kejadian.
Budak lelaki itu merupakan mangsa pembunuhan askar-askar Rejim Zionis yang kesembilan di Tebing Barat sejak pagi Sabtu,yang kesemuanya warganegara Palestin di Nablus dan bandar Jenin, termasuk murid perempuan berumur 17 tahun Bushra Bargheesh di kem pelarian Jenin.Amukan Rejim Zionis di Jenin dan Nablus pada 24 jam yang lepas menerima kutukan luas di jalanan Palestin, dan membangkitkan tentangan puak-puak di Palestin termasuk Hamas,meningkatkan lagi konfrontasi dengan askar-askar Rejim Zionis.