
Isnin, 23/04/07 –Israel menolak tawaran yang dikemukakan oleh Presiden Pakistan, Pervez Musharraf untuk menjadi perantara bagi usaha damai dengan rakyat Palestin.
Seorang pegawai di pejabat Perdana Menteri, Ehud Olmert berkata, “terdapat perbincangan positif dua hala yang berterusan antara Israel dan Palestin. Ia akan diteruskan tanpa memerlukan kepada bantuan atau perantaraâ€.
Dalam pada itu, Olmert menjelaskan dalam ucapan radio menjelaskan bahawa beliau lebih suka berhubung terus dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas. Tidak perlu “orang yang datang dari jauh†untuk menemukan mereka berdua.
Terdahulu, Musharraf dalam kenyataan yang disiarkan oleh rangkaian stesen Al Arabiyyah Sabtu lalu menyatakan kesediaannya untuk menjadi orang tengah dalam usaha damai antara kerajaan Palestin dan Israel.