PANAS !! Indonesia Benarkan Delegasi Israel Masuk ?


Isnin, 23/04/07 –Jurucakap Kementerian Luar berkata ia memutuskan untuk membenarkan delegasi dari parlimen Israel untuk masuk ke Indonesia bagi menghadiri Sidang Parlimen Antarabangsa yang akan berlangsung pada bulan ini.

Kristiyarto Lijo menjelaskan delegasi Israel itu akan menyertai persidangan Kesatuan Parlimen Antarabangsa yang mana parlimen Indonesia akan menjadi tuan rumah antara 29 April hingga 4 Mei akan datang.

Beliau menyatakan di dalam sidang media bahawa kerajaannya tidak menjemput Israel untuk menghadiri persidangan itu, tetapi jemputan itu adalah dari Kesatuan Parlimen Antarabangsa. Tambahnya, sekretariat parlimen Indonesia “serta kerajaannya tidak ada sebab untuk menolak”.

Lijo tidak menjawab sekiranya kementerian luar akan meluluskan permohonan visa bagi delegasi Israel tersebut sambil berkata kementeriannya tidak menerima sebarang pengesahan terhadap kehadiran mereka.

Indonesia adalah negara Islam terbesar yang berpenduduk seramai (190 juta orang Islam) yang menyokong dengan kuat isu Palestin. Ia tidak mengadakan hubungan diplomatic dengan Israel, meskipun ada hubungan tidak rasmi dengan Israel di samping hubungan perniagaan.

Namun, kerajaan berwaspada supaya ia tidak menimbulkan kemarahan dari parti serta pertubuhan Islam yang menyokong penubuhan negara Palestin.

Terdahulu, pasukan tenis wanita Indonesia telah menarik diri dari perlawanan kejohanan yang diadakan di Israel. Kerajaan juga melarang pemberita Israel menghadiri sidang media Kebebasan Bersuara dan Bertolak Ansur di chalet di Pulau Bali yang dianjurkan oleh Presiden Indonesia, Susilo Yudiyono.