Israel Tolak Tawaran Pertukaran Tahanan.


Isnin, 23/04/07 –Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert berkata bahawa ada had bagi permintaan yang mana Tel Aviv boleh menunaikannya untuk ditukar dengan tentera Israel yang diculik, Jilad Shalit.

Radio tentera Israel memetik dari Olmert ketika berucap kepada suruhanjaya hal ehwal luar dan pertahanan di Knesset bahawa Israel “tidak boleh membayar harga yang tinggi bagi menjamin pembebasan Jilad Shalit. Mustahil untuk diperkatakan bahawa setiap perkara boleh dilakukan meskipun semua perkara itu dibenarkan”.

Perdana Menteri Israel itu juga menyifatkan senarai tahanan rakyat Palestin yang dimohon oleh pejuang Palestin supaya dibebaskan dan ditukar dengan tentera Israel itu adalah “mengecewakan dan kami mungkin tidak akan boleh merealisaikannya”.

Khabar-khabar angina mengatakan senarai itu termasuk mereka yang ditahan dalam tempoh yang lama, wanita, kanak-kanak di samping bekas menteri kerajaan Palestin yang dahulu serta ahli parlimen Hamas. Namun, pegawai Israel berkata bilangan tahanan itu adalah mereka yang terlibat di dalam serangan yang mengorbankan penduduk Israel.