
Selasa, 24/04/07 –
Briged Qassam, sayap bersenjata Pergerakan Hamas, pada hari Ahad (22/4/07) berkata bahawa Rejim Zionis harus menanggung akibat jenayah-jenayahnya sejak beberapa hari yang lalu.
Abu Obaida, jurucakap QB, memberitahu laman web Qassam yang orang Israel begitu “serius” terhadap “perisytiharan perang” baru ke atas penduduk Palestin. Dia berkata bahawa tentera Palestin tidak akan meletakkan senjata pada jenayah “ganas”, dan “musuh pasti akan menderita menanggung akibatnya”.
Serangan Israel menunjukkan seolah-olah memberi tindakbalas kepada jawaban inisiatif damai Arab, jurucakap menggariskan. Untuk bahagiannya, AMB, sayap bersenjata kumpulan Fatah, berkata tidak ada lagi komitmen untuk menenangkan keadaan di Hebrew.
Mahdi Abu Ghazala, jurucakap untuk AMB di Nablus, mengumumkan bahawa sayap bersenjatanya tidak akan mematuhi gencatan yang tidak dihormati oleh Rejim Zionis itu.