
Selasa, 24/04/07 –
Pergerakan Jihad Islam mengecam Isnin lalu apa yang digambarkan sebagai “terburu-buru” berikutan langkah negara-negara Arab dan Islam ke arah memulihkan hubungan dengan Israel dan menyatakan bahawa langkah seumpama itu merosakkan penduduk Palestin serta keadilan untuk mereka.
Pergerakan itu memberikan reaksinya terhadap apa yang dinyatakan dalam media Pakistan iaitu tentang kesediaan Presiden Pakistan, Pervez Musharraf untuk melawat Israel seterusnya menjadi pengantara antara Palestin dan Israel.PErgerakan itu juga membantah mengenai kemungkinan lawatan satu delegasi parlimen Israel ke Indonesia yang merupakan negara Islam terbesar dari segi populasinya.
“Langkah tergopoh-gopoh ke arah memulihkan hubungan dengan Israel tidak akan memuaskan entiti Zionis itu yang ditubuhkan berasaskan sifat perkauman dengan tujuan untuk memusnahkan orang Arab dan Islam”, menurut pergerakan tersebut.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dengan satu salinan dihantar ke PIC, selaku pemimpin politik pergerakan, Mohammed Al Harazeen menyeru Presiden Pakistan supaya menarik balik rancangannya serta menganggap rancangan seperti itu tidak akan menyelesaikan isu Palestin dan juga untuk kepentingan orang Islam.
“Ini adalah satu langkah menikam dari belakang terhadap penduduk Palestin dan jelas melemahkan hak-hak mereka yang sah”, sebut Harazeen yang menambah satu bentuk pemulihan hubungan dengan Israel adalah “ditolak dan tiada justifikasi”.”Mana-mana pihak yang hendak membantu penduduk Palestin harus menggunakan segala usaha yang boleh untuk membatalkan sekatan ekonomi terhadap mereka dan untuk membela perjuangan yang mereka yang sah untuk mendaaptkan pekerjaan”, beliau jelaskan.