Pihak Israel Menghalang Mufti Dari Menghadiri Persidangan Di Jordan.


Selasa, 24/04/07 –
Pihak berkuasa Israel melarang Syeikh Ikrima Sabri, mufti besar Baitulmuqaddis,Ketua Suruhanjaya Islam, daripada melawat Jordan. Sabri telah tiba di sempadan antara Jordan dan Tebing Barat, dan menahan beliau.

Sheikh Sabri akan melawat ke Jordan pada pagi Isnin untuk menyertai satu persidangan Islam sepanjang minggu.Dia menyatakan bahawa apabila dia memberi passportnya dan surat rasmi kepada pihak berkuasa di sempadan,mereka diberitahunya yang dia dilarang daripada meninggalkan negera itu.Sheikh Sabri berkata bahawa keputusan Israel ini menyangkal norma-norma antarabangsa dan peraturan-peraturan, serta hukum-hukum asas segala hak asasi manusia.

Sabri menambah bahawa keputusan ini juga telah mencabul kebebasan pendapat dan pandangan, dan menyeru agar masyarakat antarabangsa mengambil inisiatif untuk menghenti pencabulan Israel terhadap penduduk Palestin dalam wilayah-wilayah Palestin.