
Selasa, 24/04/07 –
Syeikh Naim Qasim, Timbalan Setiausaha Agung Hizbullah berkata bahawa rundingan yang diperantarakan oleh PBB untuk mencapai kata sepakat mengenai peertukaran tahanan antara Hizbullah dan Israel adalah serius. Beliau menegsahkan dalam satu ucapannya di perhimunan Hizbullah di Beirut bahawa semua tahanan rakyat Lubnan di Israel perlu dibebaskan serta ditukar dengan dua tentera Israel yang diculik oleh Hizbullah.
Qasim berkata, apabila persepakatan telah dicapai, keputusannya akan diumumkan. Beliau menyatakan perjanjian telah dicapai secara asasnya tanpa mengumumkan sebarang butiran terperinci bagi rundingan itu bagi menjamin kejayaannya serta mengelak dari apa yang disifatkan sebagai “provokasi politik dan juga media massaâ€.
Timbalan Setiausaha Agung Hizbullah itu menyuarakan harapannya supaya rundingan yang tidak langsung dengan Tel Aviv itu akan berakhir dengan segera serta dengan cara yang terbaik
Hizbullah telah menganjurkan perhimpunan di kawasan selatan Beirut sempena mengingati 28 tahun tahanan Samir AL Qintar yang dihukum penjara oleh Israel selama 542 tahun kerana dirtuduh membunuh tiga tentera Israel dalam satu serangan pada tahun 1979.