Haneyya : Al-Qawasmi Dikekalkan.


Selasa, 24/04/07 –
Menteri Dalam Negeri Palestin, Hani Al Qawasmi (gambar) bersetuju untuk mengekalkan jawatannya serta mentadbir kementeriannya berikutan Perdana Menteri, Ismail Haniyeh hari ini menolak perletakan jawatan yang dikemukakan olehnya pada mesyuarat mingguan pertama cabinet lalu.

Menteri Penerangan, Mustafa Al Barghuthi berkata kabinet telah mendengar alasan daripada keputusan Al Qawasimi itu yang mana ia berkaitan dengan ketidak mampuannya untuk melaksanakan pelan keselamatan yang diputuskan oleh kerajaan bagi menamatkan kekacauan dan juga disebabkan oleh bidang kuasanya serta para pegawai yang lain.

Israel tidak terkecuali dari kecaman Al Barghuthi yang mengatakan ia salah satu pihak yang cuba untuk mencipta huru hara. Beliau menegaskan bahawa kerajaan memang memahami pendiriannya dan kerajaan menegaskan sokongannya terhadap usahanya untuk menjayakan pelan keselamatan serta memberikan sokongan moral dan materialistik yang diperlukan bagi menjayakannya.

Beliau mengumumkan bahawa satu mesyuarat akan menemukannya dengan Haniyeh serta Presiden Palestin, Mahmoud Abbas sebaik sahaja beliau pulang dari lawatan ke Eropah bagi membincangkan halangan untuk melaksanakan pelan tersebut. Peranan Menteri Dalam Negeri tertumpu kepada menyelia pasukan keselamatan Palestin, namun Abbas telah melantik Mahmoud Dahlan sebagai penasihat keselamatan rakyat.

Beberapa penganalisis berpendapat perlantikan Dahlan itu adalah satu percubaan untuk mengenepikan Al Qawasmi serta mengurangkan penguasaannya ke atas pasukan keselamatan. Dan jawatan menteri dalam negeri adalah antara jawatan yang paling banyak membantutkan penubuhan kerajaan perpaduan sekarang ini selama berminggu-minggu. Sementara itu, Al Qawasmi pula dipilih untuk memegang jawatan ini kerana beliau adalah pemimpin bebas, bukan dari Hamas, juga bukan dari Fatah.