
Jumaat, 04/05/07 –
Beribu-beribu rakyat Israel membanjiri Rabin Square di Tel Aviv pada hari Khamis (3/5/07) pada waktu malam bagi menunjuk perasaan terhadap Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, kerana kelakuan kerajaannya sepanjang saat perang Lebanon, Haaretz melaporkan.
Bilangan penunjuk perasaan dianggarkan seramai 200.000 orang, termasuk ibu bapa askar-askar yang telah terbunuh dalam perang Lebanon dan di Semenanjung Gaza. Beberapa ibu bapa askar-askar yang gugur juga mendesak kerajaan supaya bersama rakyat bukan menjadi hamba kepada ego politik.
Anggota Knesset , Ami Ayalon, berharap perhimpunan ini akan membawa kerajaan Olmert tumbang . Dalam satu temubual dengan Ynetnews, Ayalon menyatakan kehendak-kehendak orang ramai
terhadap Olmert dan kerajaannya supaya meletakkan jawatan.
Juga, anggota Likud Knesset, Gilad Erdan, memberitahu Ynetnews yang kerajaan sekarang mesti digulingkan dan berharap parti2 politik lain menyertai kempen ini. Pengerusi Tafnit (Perubahan) Parti, Uzi Dayan, berkata Olmert perlu “membuat perkara yang betul dengan meletakkan jawatanâ€. Dia menambah bahawa perhimpunan, di mana ahli-ahli bagi sekular ,
keagamaan, pihak kiri dan kanan, orang lama dan orang muda, seharusnya cukup untuk memberitahu Olmert yang dia gagal dan perlu berhenti.
Perhimpunan besar terancang ini terjadi ekoran dari sebuah laporan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Winograd yang menyiasat pengendalian kerajaan Israel berhubung perang dengan
Hezbollah. Suruhanjaya tersebut telah melaporkan bahawa kepimpina kerajaan Olmert pincang sepanjang peperangan. Orang Israel memutuskan untuk berperang dengan Hezbollah selepas dua askar Israel telah diculik dalam satu serangan rentas sempadan pada bulan 12 Julai tahun lepas. Dua askar rejim itu masih berada dalam tawanan oleh Hezbollah.