Seorang wanita di tembak mati di Khan Younis.


Jumaat, 04/05/07 –

Sumber perubatan Palestin memberitahu Khamis 03/05/07 seorang wanita ditembak mati oleh penembak yang tidak dikenali di bandaraya Khan Younis.

Sumber menambah bahawa Raghda Alghalyeeni,24, dibunuh serta merta dengan sebutir peluru hidup, semasa berdiri di depan rumah beliau.Sepanjang beberapa bulan yang lepas kejadian keganasan semakin menjadi-jadi,di mana beratus-ratus orang telah dibunuh dan dicederakan.Kementerian dalaman telah melancarkan satu pelan keselamatan baru-baru ini bagi mengawal keganasan tersebut.