Warga Emas Palestin Lebam Dipukul Rejim Zionis.


Jumaat, 04/05/07 –

Askar-askar rejim Zionis menahan warganegara Palestin berumur 60 tahun, Sabri Gharib dan menyebabkan luka dan lebam-lebam termasuk tiga anaknya di Kampung Beit Egza, barat laut Baitulmuqaddis.

Sumber tempatan berkata Gharib dan tiga anaknya membantah tindakan merobohkan pagar rumah mereka oleh pekerja-pekerja pembinaan tembok pemisah yang hampir dengan rumahnya.Askar rejim Zionis dihantar untuk membantu pekerja-pekerja tersebut dengan memukulkan lelaki tua itu dan anak-anaknya seterusnya membawa mereka ke satu lokasi yang tidak diketahui disebabkan oleh tindakan mempertahankan rumah mereka.

Rejim Zionis telah menyita berpuluh-puluh bidang tanah kepunyaan Gharib selama lebih 20 tahun lalu dan hanya meninggalkan rumah untuknya, juga menahannya lebih 20 kali atas protes berikutan langkah yang bersifat menindas itu. Dalam salah satu tangkapan itu dia pernah dikurung selama tiga tahun.Dalam satu perkembangan lain, saudara pemimpin Hamas yang dipenjarakan, Ra’fat Nassif berkata pihak berkuasa penjara Israel telah menahannya dalam penjara Sheeba lebih 12 hari yang lalu.Beliau berkata Nassif, 42, ditahan dalam sel pengasingan yang kecil atas arahan pengarah penjara sebagai satu hukuman atas sebab yang terlalu remeh.

Nassif yang mempunyai tiga tahun daripada hukuman empat tahun setengah yang dijatuhkan ke atasnya terjejas akibat migrain dan mengalami sakit perut. Saudaranya itu juga menyatakan kebimbangannya berikutan kemerosotan keadaan kesihatannya akibat berada dalam sel pengasingan itu.Mereka merayu supaya persatuan palang merah dan institusi-institusi sah yang lain untuk segera masuk campur bagi membolehkan Nassif keluar dari sel pengasingan serta membenarkan mereka melawatnya sebagai usaha untuk memaksa pihak berkuasa Israel menamatkan dasar penjara berasingan terhadap banduan-banduan Palestin secara umum.