Peretz Siap Gempur Gaza


Isnin, 07/05/07 –
Menteri Pertahanan Israel, Amir Peretz, orang yang bertanggungjawab kepada kegagalan Israel dalam perang terhadap Lubnan mengancam akan menyerang Semenanjung Gaza dengan kekuatan lebih dahsyat dan lebih besar dari serangan mereka terhadap
Lubnan.

Ahad lepas (6/5) Peretz mengumumkan akan menyerang Gaza untuk menghentikan serangan
balas kumpulan pejuang Palestin. Beliau mengatakan, tentera Israel sedang bersiap menyerang Gaza, dalam masa mereka terus menyerang penduduk awam Palestin di Tebing Barat dan Gaza.

Sementara itu, berdasarkan laporan beberapa media Israel, komandan tentera mereka mengatakan, Peretz dan pemerintah Israel sedang menunggu pertempuran melawan Palestin ketika pasukan pejuang Palestin menembak mereka dengan roket, agar mereka ada alasan untuk menyerang kaum muslimin di Gaza.

Pernyataan Peretz ini menyusul selepas tembakan lapan roket kumpulan pejuang ke penempatan Israel di Sederot dan Naghev pagi semalam yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza. Stesen televisyen Israel melaporkan beberapa orang komandan Israel menyatakan tentang Semenanjug Gaza akan menyaksikan serangan militan besar-besaran Israel. Ini kerana semua persiapan telah selesai hanya tunggu waktu yang sesuai saja
untuk direalisasikan.