
Isnin, 07/05/07 –Pemimpin agama terkemuka Palestin, Archimandrite Attalla Hanna telah hadir untuk mendukung keadilan dan menyatakan sokongan untuk penduduk Palestin bagi mendapatkan semula hak mereka.
Beliau menekankan kehadiran beliau ke persidangan pelarian-pelarian Palestin di Eropah adalah untuk menyatakan kepada dunia bahawa rakyat Palestin itu tidak akan lepaskan hak mereka.Archimandrite Hanna bercakap semasa persidangan tahunan kali kelima rakyat Palestin Eropah di Rotterdam, Belanda yang dihadiri lebih kurang lima ribu rakyat Palestin pelbagai usia yang mewakili tiga generasi dan mereka turut hadir bagi menekankan hak setiap rakyat Palestin untuk pulang ke tanah airnya.
Beliau memulakan ucapannya dengan berterima kasih kepada pihak penganjur persidangan itu dan berkata kepada para hadirin: “Saya menyambut anda semua sekali atas nama Masjid Aqsa dan Gereja Makam Jesus Christ, dengan nama perpaduan negara kita atas negara kita yang dicabuli dan kita menentang kependudukan dan mengatakan TIDAK atas tanah kita yang diduduki, Baitulmuqaddis kita dan tempat-tempat suci kita.””Ia memberi saya kegembiraan untuk bersama anda dalam sambutan rakyat Palestin ini supaya kita terus menekankan yang kita bersatu atas keadilan untuk kita, bersatu atas prinsip kebangsaan kita, bersatu bahawa Baitulmuqaddis adalah ibu kota negara merdeka dan bersatu untuk mengembalikan hak, satu hak suci yang tidak kurang daripada hak kita terhadap Baitulmuqaddis,” beliau berkata.
“Saya hantar satu mesej kasih dan setia untuk kawan-kawan Eropah kita; sebahagian mereka bersama kita dalam dewan persidangan ini kerana mereka juga mempertahankan kebenaran. Saya berkata kepada semua orang yang sedang mendengar kita: perpaduan dengan penduduk Palestin adalah satu tugas kemanusiaan dan moral. Setiap orang yang menyokong penduduk Palestin menunjukkan sifat kemanusiaan dan moralnya dan setiap orang yang tidak menyokong kita, dan lebih buruk masih menyebelahi usaha pencerobohan adalah orang yang biadab dan tidak ada sifat moralnya. Oleh itu kita menyeru ke seluruh dunia; orang Islam, Kristian dan Yahudi: Jika anda mahu hidup manusia mempunyai nilai-nilai akhlak, anda mesti menyokong hak rakyat Palestin,” Beliau menambah.
“Musuh-musuh mahu kita mati, mereka mahu menghilangkan asal-usul Palestin, tetapi saya datang ke sini untuk memberitahu semua orang: bahawa di sanan tiada kompromi.. tiada kompromi .. tiada kompromi [hak-hak Palestin],” kata Ketua Biskop itu.Beliau juga menegaskan bahawa beliau tidak bercakap atas nama mazhab tertentu di Baitulmuqaddis yang mengatakan bahawa orang Islam dan Kristian di Baitulmuqaddis adalah satu kumpulan yang dipanggil kesatuan penduduk Palestin dan sesiapa yang menjadikan masjid Aqsa sebagai sasaran turut menjadikan gereja Kristian dan tempat-tempat suci sebagai sasaran mereka .
Beliau memanggil aktivis-aktivis hak asasi manusia untuk datang ke Palestin dan melawat tembok apartheid yang dibina oleh kerajaan penceroboh bagi melihat kerja pertama dari tangan kaum penceroboh itu.Beliau juga berkata bahawa rakyat Palestin mempunyai sebab yang adil, mereka bukan pengganas kecuali pengganas sebenar iaitu yang berlatih menceroboh dan menyerang penduduk Palestin yang tidak bersenjata beserta tempat-tempat suci mereka.Beliau juga menyatakan sokongan untuk kerajaan perpaduan Palestin dan menyeru masyarakat antarabangsa agar berurusan dengan kerajaan itu dan menghormati pilihan demokratik rakyat Palestin.