Olmert Enggan Letak Jawatan.


Selasa, 08/05/07 –
Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert enggan meletak jawatan sebagai menjawab laporan suruhanjaya siasatan perang Lubnan yang menuduh beliau gagal dalam mengemudi peperangan Lubnan pada musim panas pada tahun 2006 yang lalu.

Stesen rangkaian dua televisyen memetik dari Olmert sebagai berkata kepada menteri-menteri di dalam partinya, Kadima bahawa ia adalah satu laporan yang sangat keras dan menggambarkan kegagalan, lebih-lebih lagi berhubung dengan pentadbiran politik. Beliau berkata pengundurannya adalah satu perkara yang tidak munasabah.

Beliau menegaskan akan mengimplementasikan saranan suruhanjaya itu dengan segera bagi mengelak daripada kesilapan tersebut berulang lagi pada masa depan.

Suruhanjaya siasatan mengenai kegagalan perang Lubnan merumuskan dalam laporannya bahawa orang yang bertanggungjawab terhadap kegagalan perang itu terletak di bahu Olmert, Menteri Pertahanan Ame Berets serta bekas ketua tentera, Dunn Halutas kerana mereka malakukan kesilapan besar dalam persiapan peperangan.

Ketua Suruhanjaya tersebut, Elyahu Finograd berkata dalam sidang media bahawa Olmert telah mengambil keputusan mengumumkan peperangan dengan tergesa-gesa tanpa membentangkan sebarang perancangan ketenteran. Beliau berkata, tidak mengadakan perbincangan diluar skop ketenteraan dengan mengambil kira secara terperinci langkah berjaga-jaga sebelum mengambil keputusan melancarkan peperangan pada 12 Julai lalu.

Laporan tersebut itu juga menyatakan Menteri Pertahanan, Amer Berets bertanggungjawab tidak mempersiapkan tenteranya dengan kekuatan fizikal dalam peperangan menentang Hizbullah. Ia adalah kerana beliau tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang cukup dalam perkara itu.