Meshal Ugut Culik Ramai Lagi Askar Israel.


Selasa, 08/05/07 –

Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Meshal telah mengugut untuk menculik ramai lagi tentera Israel bagi membebaskan tahanan rakyat Palestin di penjara Israel.


Meshal berkata dalam kenyataannya ketika sebuah majlis diadakan di perkhemahan Yarmouk di Damsyik bahawa tentera Israel yang ditahan, Jilad Shalit tidak akan dibebaskan sebelum tahanan di dalam penjara Islam dibebaskan.

Dalam kenyataan akhbar yang lain, Meshal sekali lagi mengugut untuk melakukan gerakan ketenteraan baru sekiranya sekatan ke atas Palestin masih diteruskan dan penceroboh Israel terus menceroboh tanah Palestin.

Beliau berkata, “keadaan yang berterusan ini akan membawa kepada ledakan yang besar. Ia tidak memberi impak kepada rakyat Palestin, namun kepada kawasan ini keseluruhannya terutama rejim Zionis”. Tambahnya, “saya beri amaran, keadaan sekarang ini seperti menjurus ke arah keadaan pada tahun 90-an yang mana ketika itu ia memberi ruang kepada berlakunya gerakan ketenteraan Al Aqsa”.