Timbalah Haneya Gesa Bubar Kerajaan Jika Sekatan Barat Masih Berterusan.


Selasa, 08/05/07 –
Azzam Al Ahmad, Timbalan Perdana Menteri Palestin yang juga salah seorang pemimpin Fatah berkata bahawa kerajaan perpaduan yang ditubuhkan enam minggu lalu di bawah pimpinan Hamas perlu dibubar jika Barat tidak menarik balik sekatan ke atas kerajaan Palestin dalam tempoh tiga bulan.

Al Ahmad menyatakan kenyataan tersebut kepada guru-guru yang bekerja di sektor kerajaan di Ghaza yang telah bertindak melakuka mogok tidak bekerja sebagai membantah kelewatan pembayaran gaji mereka.

Al Ahmad berkata kepada guru-guru yang cuba menyerbu pejabat Menteri Pelajaran, Nasir Al Sya’ir di Bandar Ramallah di Tebing Barat bahawa sekiranya sekatan ekonomi tidak ditarik balik dalam tempoh tiga bulan “maka kerajaan ini perlu dibubar”. Selepas mesyuarat kabinet, beliau berkata bahawa “tidak ada alasan langsung kerajaan ini perlu diteruskan jika sekatan masih diteruskan.”