Hizbullah Lancar Tunjuk Perasaan.


Selasa, 08/05/07 –
Bandar Sur serta beberapa kampong di selatan Lubnan mula menyaksikan tunjuk perasaan oleh Hizbullah selepas laporan suruhanjaya siasatan Israel dikeluarkan dan menyatakan peperangan ke atas Lubnan disifatkan sebagai gagal serta mendakwa Perdana Menteri, Ehud Olmert serta Menteri Pertahanan, Amer Beretz, dan juga ketua tentera, Dunn Halutz bertanggungjawab terhadap kegagalan tersebut.

Para penunjuk perasaan mengangkat bendera Hizbullah. Setiausaha Hizbullah, Hassan Nasrullah berucap dan menyampaikan berita gembira mengenai “kejatuhan Olmert”.

Seorang pegawai Hizbullah di selatan, Nabil Qauq mengeluarkan kenyataan dan mengungkapkan kata-kata pujian terhadap pejuang serta kemenangan Hizbullah dalam peperangan Julai itu.