
Selasa, 08/05/07 –
Persidangan tahunan kali kelima untuk Rakyat Palestin di Eropah telah mengesahkan dalam resolusi penutupnya dengan mendesak pengembalian hak pelarian Palestin dan penyusunan semula PLO.
Persidangan itu yang tamat di Rotterdam Ahad lalu memperbaharui empat resolusi sewaktu persidangan lepas di RoR, penyusunan semula PLO dan mendesak pilihan raya untuk rakyat Palestin terutama di Eropah.Lebih 5,000 anggota persidangan yang tiba dari pelbagai negara Eropah berkata dalam resolusi penutup bahawa mereka akan melaksanakan kenyataan-kenyataan tersebut yang mana sebahagian pihak antarabangsa cuba untuk melangkau RoR. Mereka menegur sebarang percubaan untuk mengganggu hak ini atau melakukan tawar-menawar ke atasnya.
Para peserta mengesahkan semula desakan untuk mengukuhkan hak rakyat Palestin dan menggambarkannya sebagai sudah “sebati” dan tidak boleh melakukan pemisahan, tawar-menawar atau penangguhan.Mereka mengalu-alukan penduduk Palestin di tanah air yang telah diduduki dimana mereka bertahan atas pengepungan dan penindasan manakala mereka sebagai pelarian dalam kem-kem di seluruh dunia menempuh pelbagai tahap ketabahan dan kesabaran.Angota persidangan telah mengutuk penceroboh Israel atas polisi agresif dengan menyerang penduduk asal Palestin, meruntuhkan binaan purba Islam dan mercu tanda Baitulmuqaddis serta membina tembok pemisah dan merampas tanah-tanah penduduk Palestin walaupun masyarakat antarabangsa membantahnya.
Mereka menyeru EU supaya memecahkan pengepungan “bersifat menindas” yang dikenakan ke atas rakyat Palestin sejak tahun lepas dan menegaskan bahawa ia bukanlah sesuatu yang beretika atau wajar dilakukan oleh seorang manusia. Mereka juga memuji negara-negara yang berusaha menamatkan pengepungan tersebut.Para peserta menyatakan kebimbangan mengenai syarat-syarat yang dikenakan kepada pelarian Palestin di Iraq dan mengecam pembunuhan, penculikan dan keganasan terhadap pelarian-pelarian itu. Mereka mahu akta-akta seperti itu ditamatkan dan meminta pihak yang mengambil berat supaya dapat mencari penyelesaian segera terhadap akta-akta kejam itu.
Mereka mengalu-alukan komuniti Arab dan Islam di Eropah bersama dengan sebahagian besar warga Eropah untuk menunjukkan rasa kebersamaan bagi mendapatkan keadilan untuk Palestin serta mengecam amalan-amalan buruk pencerobohan Israel.