
Rabu, 09/05/07 –
Selasa lepas, Pergerakan Hamas telah meminta semua puak di Palestin meningkatkan perpaduan dan menganggap peranan mereka penting dalam mempertahankan Aqsa daripada ancaman-ancaman pencerobohan Israel.Jurucakap Hamas di Genting Gaza, Fawzi Barhoum dalam satu siaran akhbar Selasa lalu memberi amaran rejim Zionis akan menerima “padah yang serius” disebabkan kerja penggalian di masjid suci Aqsa yang diduduki di Baitulmuqaddis.
Beliau mengingatkan rejim Zionis bahawa Baitulmuqaddis “adalah sebahagian dari tanah penduduk Palestin yang diceroboh” dan kebangkitan Aqsa akan berlaku bagi mempertahankan kota suci dan masjid Aqsa itu.
Rejim Zionis tidak pernah menyedari impiannya untuk membina kuil di atas kehancuran tapak Masjid Aqsa dengan “tidak mengira harga atau pengorbanan yang telah kami tanggung,” tekan beliau.Barhoum menyesal fakta yang menyebut kemusnahan terhadap masjid suci Aqsa dan mercu tanda bersejarah yang lain di Baitulmuqaddis yang diduduki dilaksanakan di hadapan mata masyarakat dunia yang tidak berganjak untuk memeriksanya.Jurucakap Hamas mahu institusi-institusi awam Palestin dan Arab mendedahkan kerja-kerja Israel termasuk cubaan untuk mengyahudikan Baitulmuqaddis, melakukan penggalian di bawah masjid Aqsa dan memusnahkan warisan dan identiti kota suci Islam itu.
Beliau menyokong tindakan pantas untuk memeriksa kerja-kerja Israel dan mencadangkan pembentukan sebuah jawatankuasa Arab-Islam bagi mempertahankan Palestin, Baitulmuqaddis dan Masjid Aqsa seterusnya akan mendedahkan kerja-kerja percerobohan yang dilakukan Israel di mata dunia. Jurucakap Hamas turut memberi komen tentang tawaran Israel pada kontraktor untuk mula menggunakan bahan letupan baru di dinding Buraq masjid Aqsa berdekatan pintu pagar Maghareba.