Peperangan Lubnan Adalah Rancangan Amerika.


Khamis, 10/05/07 –

Ketua Hizbullah, Hassan Nasrullah berkata bahawa laporan Finograd tidak mendedahkan tentang latar belakang pengambilan keputusan rancangan jahat Israel terhadap Lubnan pada Julai lalu.

Nasrullah berkata dalam temubual di rangkaian televisyen Iran, “penyebaran maklumat rahsia akan mendedahkan bahawa pentadbiran Amerikalah yang telah mengambil keputusan. Ia juga akan mendedahkan perlengahan dari orang dalaman di Lubnan sendiri dalam persengketaan itu”.

Nasrullah berkata bahawa keputusan peperangan bukan dari Israel, bahkan dari Amerika sebagai satu rancangan Washington “untuk menyusun rantau Timur Tengah mengikut kepentingannya serta kepentingan Israel”.

Laporan Finograd mendakwa Olmert serta Menteri Pertahanan, Amer Beretz sebagai bertanggungjawab terhadap “kegagalan yang memalukan” dalam pentadbiran peperangan yang mengorbankan seramai 1200 rakyat Lubnan yang kebanyakannya penduduk awam serta 162 tentera Israel yang kebanyakannya tentera