
Khamis, 10/05/07 –
Kerajaan Ehud Olmert hari ini terselamat dari undi tidak percaya selepas Knesset Israel menolaknya dengan majority besar. Ia berlaku ekoran pembangkang terus menerus mendesak supaya Olmert meletak jawatan berikutan laporan Finograd mengenai peperangan Lubnan baru-baru ini telah dikeluarkan.
Seramai 61 ahli Knesset telah mengundi daripada sejumlah 120 orang. Pembangkang tidak berjaya melainkan 26 daripada 28 undi menyokong memorandum tersebut.
Memorandum tidak percaya itu dikemukakan oleh Parti Likud (pembangkang berhaluan kanan), Kesatuan Kebangsaan – Parti Kebangsaan Agama (berhaluan kanan dan agresif) serta Parti Merits (berhaluan kiri secular).
Bekas perdana menteri berhaluan kanan yang merangkap ketua Parti Likud, Benyamin Netanyahu berkata di parlimen, “angin bertiup dari segenap arah negara…rakyat berkata kepada kamu dengan mudah, kamu gagal. Bertanggungjawablah dan letak jawatan!â€.