
Khamis, 10/05/07 –
Pertubuhan Fatah dan Hamas bersetuju untuk mengadakan siri rundingan bagi menyambung semula perbincangan isu yang tertangguh.
Sumber Palestin menegaskan bahawa mesyuarat tersebut yang berlangsung di ibu pejabat presiden Palestin dengan dihadiri oleh Presiden Mahmoud Abbas serta Perdana Menteri, Ismail Haniyeh, telah membincangkan isu kerajaan campuran, perjanjian kebangsaan serta isu gencatan senjata. Para hadirin mengesahkan kepatuhan mereka terhadap Perjanjian Mekah Al Mukarramah.
Berhubung rancangan baru yang dikemukakan oleh Amerika Syarikat yang bertujuan untuk menghidupkan semula pelan damai dengan Israel, Presiden Mahmoud Abbas mengalu-alukan pelan damai itu. Ia juga bertujuan untuk menentukan langkah-langkah yang perlu diambil oleh kedua-dua pihak untuk mewujudkan kepercayaan antara satu sama lain.
Abbas berkata di dalam satu kenyataan yang dipetik oleh agensi berita Palestin sebagai berkata bahawa dokumen Amerika yang diterima oleh pemimpin Palestin mengandungi langkah “yang penting†bagi mengekalkan keamanan di bumi Palestin. Beliau juga menyifatkan rancangan itu sebagai langkah pertama ke arah menghapuskan kesengsaraan rakyat Palestin.