
Jumaat, 11/05/07 –
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas serta Perdana Menteri, Ismail Haniyeh bersepakat untuk memulakan perlaksanaan pelan keselamatan bagi menamatkan konflik keamanan.
Jurucakap presiden, Nabil Abu Radinah berkata, beliau bersetuju supaya ketua-ketua keselamatan mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri serta beberapa menteri tertentu, terutama Menteri Dalam Negeri, Hani Al Qawasmi bagi memulakan terus rancangan yang diputusakn oleh kerajaan tiga minggu yang lalu.
Dalam pada itu, Azzam Al Ahmad, Timbalan Perdana Menteri Palestin mengesahkan bahawa Presiden Abbas telah meminta Menteri Dalam Negeri supaya memulakan perlaksaan pelan tersebut yang mana Al Qawasmi meneruskan tugasnya bagi melaksanakan peringkat pertama.
Anggota pasukan keselamatan Palestin telah dikerah di jalan-jalan di Ghaza serta kawasannya tanpa mengetahui sebab mereka dikerah.
Persepakatan tersebut itu berlaku ekoran para pejuang Palestin menolak sebarang perjanjian dengan Israel selagi ia tidak menghentikan operasi tentera di Tabing Barat. Jurucakap Hamas, Aiman Taha berkata bahawa pelancaran roket dari Ghaza tidak mingkin boleh ditamatkan sebelum Israel berjanji untuk menghentikan pembunuhan, serangan, penangkapan serta berundur dari Bandar Palestin.