Penentangan Akan Kekal Sehingga Zionis Kalah.


Rabu, 16/05/07 –

Dr. Mousa Abu Marzouk, Timbalan Pengerusi Biro Politik Hamas pada Selasa lepas mengesahkan bahawa penentangan akan kekal sebagai pilihan strategik pergerakannya sehingga kekalahan penceroboh Zionis dan senjata-senjata pergerakan itu akan tetap ke arah penceroboh seperti kebiasannya.

Abu Marzouk, dalam satu kenyataan kepada PIC semasa ulang tahun Nakba ke-59 (malapetaka atau perebutan Palestin oleh kumpulan bersenjata Zionis pada tahun 1948), berkata bahawa beliau “kesal” atas kejadian-kejadian yang kini berlaku di Gaza yang sama sekali menyalahi kepentingan penduduk-penduduk Palestin.

Beliau merayu agar semua senjata itu sepatutnya diarahkan pada Israel semata-mata yang menjadi “penceroboh negara kita”. Pemimpin Hamas itu menambah lagi bahawa pengembalian hak pelarian Palestin telah disokong oleh masyarakat antarabangsa dan tidak boleh dipintas atau diubah bagi melucutkan dua pertiga penduduk Palestin yang seharusnya hidup dalam lingkungan hak tersebut.

Ulang tahun Nakba membawa bersama kenangan yang menyakitkan bagi penduduk Palestin, malah Abu Marzouk menyatakan serta menambah bahawa peristiwa itu juga menjadi saksi ketidakupayaan masyarakat antarabangsa bagi membantu mangsa atau untuk menghukum pesalah.

Beliau menarik perhatian mengenai resolusi 194 yang diterima PBB agar menetapkan hak pelarian penduduk Palestin untuk pulang ke tanah air mereka tetapi agak sukar untuk memaksa Israel menerima resolusi ini. Beliau berkata penduduk Palestin berkeras membebaskan tanah-tanah dan mendapat semula hak penuh mereka, dan ia merupakan keupayaan tambahan kerajaan perpaduan bagi menghalang segala percubaan untuk memaksa penghijrahan rakyat Palestin keluar dari negara mereka atau menetap di negara Arab dan negara-negara asing yang lain.