
Khamis, 17/05/07 –
Pergerakan Hamas telah menghantar satu amaran yang jelas kepada pengawal-pengawal Presiden Palestin (PG) agar tidak lagi menjadikan universiti Islam sebagai sasaran dan menyatakan bahawa sebarang percubaan untuk menyerang universiti akan mengakibatkan kesan yang buruk terhadap para penyerang itu.
Amaran tegas pergerakan itu datang disebalik cubaan elemen PG yang menyerbu dan menyelongkar universiti dengan cara yang sama sepertimana mereka lakukan bulan lepas apabila mereka menyerang universiti dan mengakibatkan kerugian dianggarkan 15 juta dolar.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Hamas beserta satu salinan yang difakskan kepada PIC, elemen-elemen PG dan penyerang Fatah telah mengatur kedudukan mereka di atas bumbung bangunan bersebelahan dengan universiti, tetapi cubaan mereka untuk menyerang telah gagal setakat ini disebabkan oleh kehadiran pejuang-pejuang QB di dalamnya.
Atas sebab ini, Hamas meminta Mahmoud Abbas menggunakan kuasanya dan mahu beliau bertanggungjawab atas sebarang kerosakan akibat perbuatan mereka terhadap universiti itu.
Sebagai tambahan, saksi-saksi dan sumber-sumber keselamatan mengesahkan terdapat unsur-unsur PG dan penyerang Fatah yang mensasarkan rumah komander-komander QB di Gaza dan bandar Khan Younis termasuk rumah Zuhdi Abu Nema’a, panglima QB di bandar Khuza’a timur Khan Younis yang terletak berhampiran dengan kediaman QB yang lain.