
Khamis, 17/05/07 –
Bot pembedil Israel menyusuri pantai Gaza pada Rabu semalam telah mensasarkan sekumpulan pemancing yang menaiki bot, sumber keselamatan Palestin berkata. Mereka menambah bahawa bot pembedil telah menembak secara rambang terhadap sekumpulan para nelayan yang sedang memancing di samping menyusuri pantai Gaza.
Sementara Itu, saksi-saksi di utara Gaza berkata bahawa helikopter rejim Israel telah menembak rumah-rumah dan harta di Beit Lahia dan Beit Hanun.
Kerugian yang amat besar terpaksa mereka tanggung serta harta awam rosak selain dari keadaan cemas yang menyelubungi penduduk.