Dwaik menyeru campur tangan Arab untuk menghentikan pertikaian dalaman.


Khamis, 17/05/07 –
Jurucakap PLC yang kini sedang dipenjarakan, Dr.Aziz Dwaik Rabu lalu menyeru campur tangan negara Arab untuk menghentikan pertikaian dalaman di Semenanjung Gaza. Beliau mengesahkan bahawa semua pemimpin yang diculik dan semua rakyat yang berada di dalam penjara rejim Israel merayu kepada kepimpinan Palestin agar menghentikan pertumpahan darah dan menghukum dalang di sebalik kejadian itu.


Dwaik juga menyeru kerajaan-kerajaan Arab dan Islam agar bekerjasama bagi menghentikan kepungan perit yang dikenakan ke atas rakyat Palestin. Menteri-menteri Palestin yang diculik meminta masyarakat Palestin agar bersatu dan menuntut rakyat Palestin yang sedang terpenjara dibebaskan. Mereka turut menggesa agar ditubuhkan sebuah jawatankuasa antarabangsa yang sah untuk mendedahkan kegiatan rejim Israel ke atas semua yang dipenjarakan.