
Khamis, 17/05/07 –
Fraksi Perubahan dan Reformasi Palestin meminta Presiden Mahmod Abbas agar memberikan bantuan kepada pihak Menteri Dalam Negeri untuk melaksanakan rancangan
keselamatan.
Fraksi tersebut menuduh pihak keselamatan Palestin di bawah wewenang Abbas melakukan kerosakan di Palestin. Dalam pernyataannya kepada Infopalestina, kerosakan yang dilakukan termasuklah pembunuhan dan pencurian yang sudah dirancang dan tidak
terjadi dengan sendirinya dan ada kaitannya dengan pihak pasukan keselamatan Palestin.
Pernyataan tersebut menambah, isu pengunduran Menteri Dalam Negeri adalah masalah pokok dan penting. Oleh itu Presiden Mahmod Abbas perlu memberikan kesempatan kepada Ismael Haniya agar memangku jawatan Menteri Dalam Negeri untuk melakukan tugasnya dengan sempurna dan tidak menghalang beliau menjaga keamanan dalam negeri. Fraksi Hamas juga meminta agar Presiden Abbas segera memecat ketua keselamatan dalam
negeri, Rasyid Abu Shabak (gambar) yang selama ini menjadi penghalang tugas Menteri Dalam
Negeri.