
Jumaat, 18/05/07 –Pusah Hak Asasi Manusia Palestin, PCHR mengeluarkan laporan mingguan mengenai keganasan Israel di kawasan yang dikuasai mereka untuk tempoh 10 Mei dan 16 Mei. Pusat itu melaporkan bahawa enam orang rakyat Palestin terbunuh akibat serangan bersenjata di Semenanjung Gaza dan seorang bayi yang masih lagi di dalam kandungan turut terbunuh apabila askar-askar itu menembak ibunya.
Pada 15 Mei, tentera-tentera Israel menempatkan diri di sempadan Gaza dan Israel serta menembak dan membunuh pegawai Israel yang bekerja di Pasukan Keselamatan Kebangsaan selepas beliau melarikan diri daripada perbalahan bersenjata di antara Hamas dan Fatah. Insiden itu berlaku berhampiran Lintasan Al Mintar “Karniâ€.
Pada 16 Mei, tiga pegawai eksekutif tentera terbunuh dan 27 orang termasuk 2 orang journalis dan seorang lagi yang berada di tempat kejadian cedera apabila kapal udara Israel menembak ke kawasan yang dimiliki oleh Eksekutif Tentera di Rafah, kawasan di selatan Gaza. Pada 26 Mei juga, dua orang anggota Hamas terbunuh dan tiga lagi cedera apabila tentera udara Israel menggempur kawasan Utara Gaza. Dalam pada itu, pada 10 Mei, askar rejim menembak seorang wanita yang mengandung di kem pelarian Ein Beit Al Maa’ berhampiran utara Tebing Barat di Nablus. Wanita itu yang mengandung 7 bulan cedera parah dan bayi yang dikandungnya mati apabila terkena peluru di kepala.
Ketika askar Israel meneruskan serangan ke atas tunjuk perasaan aman yang menentang pembinaan tembok pemisah di kampong Bil’in, berhampiran Ramallah, tiga orang termasuk seorang kanak-kanak Palestin dan seorang aktivis warga Switzerland cedera.
Seramai 36 orang penduduk ditembak dan cedera sepanjang tempoh laporan. Seorang daripadanya adalah pemandu teksi yang ditempak oleh seorang penduduk Israel yang mengawal kawasan penempatan berhampiran Bandar Salfit di Tebing Barat. 27 orang cedera termasuk dua orang kanak-kanak apabila tentera Israel menembak pos kawalan yang dimiliki oleh Eksekutif Tentera di Rafah.
Rejim itu telah melakukan 26 pencerobohan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza serta menculik 41 penduduk termasuk 7 kanak-kanak dan menculik dua orang di Gaza. Mereka turut memusnahkan kediaman penduduk di Bethlehem. Kawasan Palestin terus berada di bawah kepungan Israel dan Semenanjung Gaza terus terasing dari dunia luar dan Tebing Barat. Aktiviti pembinaan penempatan masih diteruskan di Tebing Barat dan Israel merancang untuk membina lebih daripada 20 000 buah rumah untuk penduduknya.